PENGURUSAN MASA
(22 April 2011 bersamaam 18 Jamadilawal 1432)
Bismillahir Rahman Nirrahim
وَالْعَصْر
Demi masa
إِنَّ الإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
إِلاَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَات وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ
Kecuali orang-orang yang beriman, dan beramal soleh dan berwasiat (nasihat-menasihati) dengan kebenaran dan saling menasihati dengan penuh kesabaran.
(ِSurah Al-Asr:1-3)
Begitulah firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala Yang Maha Suci. Allah bersumpah dengan masa, yang terkandung berbagai macam perbuatan yang akan membawa kerugian atau keuntungan. Allah menegaskan bahawa setiap manusia dalam keadaan terdedah kepada kerugian, kecuali mereka yang mengambil berat tentang: (1) Iman, (2) Amal shalih, (3) Ingat-mengingat tentang Kebenaran, (4) Ingat-mengingat tentang Kesabaran, kerugian yang mengancam masa hidup itu pastilah dapat dielakkan.
Kita hidup di dunia ini adalah melalui masa. Setelah itu kita pun akan pergi. Dan apabila kita telah pergi, artinya mati, habislah masa yang kita pakai dan yang telah lalu tidaklah dapat diulang lagi, dan masa itu akan terus dipakai oleh manusia yang tinggal, silih berganti, ada yang datang dan ada yang pergi. Diperingatkanlah masa itu kepada kita dengan sumpah, agar dia jangan disia-siakan, jangan diabaikan. Sejarah kemanusiaan ditentukan oleh edaran masa.
Oleh kerana manusia mula menyedari bahawa masa begitu berharga, maka mereka sanggup membelanjakan beratus-ratus malahan beribu-ribu ringgit untuk membeli alat teknologi yang dapat membantu mereka menguruskan masa. Kepentingan pengurusan masa merupakan antara faktor utama kewujudan ‘Handheld PC’ seperti PDA (Personal Digital Assistant) dan Pocket PC. Microsoft Outlook juga direka khas untuk membantu manusia menguruskan masa. Namun, masih ramai bahkan terlalu ramai manusia yang merungut bahawa mereka ketiadaan masa walaupun bersama mereka alat menguruskan masa yang tercanggih dan termahal! Mengapa ini berlaku? Siapakah yang harus dipersalahkan? Adakah alat tersebut masih kurang efektif atau manusia itu sendiri yang lemah dalam teknik menguruskan masa?
Sebenarnya masalah pengurusan masa berlaku adalah disebabkan oleh manusia itu sendiri dan bukannya alat. Kita perlu menerima hakikat bahawa kita tidak akan sekali-kali mampu melaksanakan segala aktiviti dalam senarai aktiviti kita, tetapi kita mampu untuk fokus dan melaksanakan aktiviti yang terpenting untuk hidup kita. Inilah yang dikenali sebagai konsep ‘opportunity cost’ yang digunakan oleh ahli ekonomi. Aplikasi daripada konsep ini adalah kita perlu bersedia mengorbankan aktiviti yang kurang nilai dalam hidup kita seharian bagi membolehkan kita fokus dan berjaya melaksanakan aktiviti yang tinggi nilai dalam hidup kita.
Kita selalu terdengar tentang kesuntukan masa untuk menyelesaikan sesuatu tanggungjawab yang diamanahkan oleh jabatan kepada kita walaupun yang cukup telah diberikan untuk berbuat demikian. Kita juga selalu terdengar tentang mesyuarat atau perbincangan yang berlangsung berjela-jela dan akhirnya tidak ada kata sepakat atau keputusan diperolehi dari msyuarat atau perbincangan tadi. Banyak kali kita merasakan dan terbukti benar bahawa kita datang bertugas tetapi tidak banyak kerja dan perkara yang telah kita selesaikan, kata orang unproductive. Seandainya kita menghadapi senario seperti yang digambarkan di atas, ini bermakna kita sedang menghadapi masalah bagaimana untuk mengurus masa di tempat kerja kita.
Untuk mengatasi perkara ini beberapa cadangan telah dikemukakan oleh pakar pengurusan di mana usaha untuk mengoptimumkan penggunaan masa di pejabat merupakan perkara wajib dan tanggungjawab bersama dari peringkat pengurusan tertinggi hinggalah kepada pekerja bawahan. Antara perkara yang harus diberikan perhatian ialah: (1) Kurangkan pembaziran, (2) Lebih bersedia ketika menghadiri mesyuarat atau perbincangan, (3) Jangan menerima tugas yang berlebihan, (4) Selalu memberi perhatian penuh kepada tugas atau projek yang dilakukan, (5) Pelan tugas harian secara efisien, (6) Pelan tugas mingguan atau bulanan secara lebih efisien, dan banyak lagi …
Imam Shaheed Hasan al-Banna telah menggariskan Profil Peribadi Muslim, iaitu: (1) Aqidah Yang Bersih, (2) Ibadah Yang Benar, (3) Akhlak Yang Kukuh, (4) Kekuatan Jasmani, (5) Intelek Dalam Berfikir, (6) Berjuang Melawan Hawa Nafsu, (7) Pandai Menjaga Masa, (8) Teratur Dalam Sesuatu Urusan, (9) Memiliki Kemampuan Usaha Sendiri, (10) Bermanfaat Kepada Orang Lain. Pandai menjaga waktu adalah antara faktor penting bagi manusia. Hal ini kerana waktu telah mendapat perhatian yang begitu besar dari Allah dan Rasul-Nya. Allah (SWT) banyak bersumpah di dalam Al Qur’an dengan menyebut nama waktu seperti wal fajri, wad dhuha, wal asri, wallaili dan seterusnya.Allah (SWT) memberikan waktu kepada manusia dalam jumlah yang sama, yakni 24 jam sehari semalam. Dari waktu yang 24 jam itu, ada manusia yang beruntung dan tak sedikit manusia yang rugi.
Stephen Covey dalam bukunya First Things First yang diterbitkan pada 1994 mengkategorikan pengurusan masa kepada empat generasi, iaitu: (1) generasi pertama – berupa reminder yang dilakukan melalui kertas catatan, sekiranya tidak sempat dibuat hari ini akan dibawa ke hari esok, (2) generasi kedua – planning and preparation, mereka dalam kategori ini menggunakan kalender dan buku appointment untuk merancang dan menyediakan jadual kerja dan sasaran, (3) generasi ketiga – planning, prioritizing, controlling, mereka dalam kategori ini bersedia untuk mencari penjelasan tentang nilai dan keutamaan, (4) generasi keempat – being efficient and proactive, mereka yang memberi perhatian tentang perbezaan antara “segera” dan “musatahak” dalam sesuatu perancangan.
Akhir sekali, antara yang ditegur oleh Nabi SAW adalah memanfaatkan lima perkara sebelum datang lima perkara iaitu: (1) Masa hidup sebelum mati, (2) Masa sihat sebelum sakit, (3) Masa muda sebelum tua, (4) Masa lapang sebelum sibuk, dan (5) Masa kaya sebelum miskin.
WALLAHU A’ALAM